Saturday, 16 December 2017

Warkah Buat Insan Tercinta, Zarif Danial ❤️

Sayang, aku tak ada rupa yang cantik untuk engkau tatap. Aku tak ada harta yang banyak untuk dibelanjakan dan beri  pada engkau. Aku tak ada masa yang banyak untuk diluangkan bersamamu.  Aku seorang yang sibuk . Sibuk untuk  mencari masa  depan untuk keluarga dan insan yg sangat aku cintai iaitu engkau. Aku hanya boleh beri engkau kasih sayang. Sebuah kasih sayang yang tidak terungkap besarnya.
Walaupun seberat mana aku kena hadap sakit tu aku redha. Sebab aku ingin kekal dengan kau hingga akhir hayat. Walaupun aku marah. Dan mungkin aku tak kuat, namun aku cuba kuat kan hati untuk beri engkau peluang kedua. Peluang yang aku tak pernah beri pada mana2 lelaki .Aku cuba pertahankan . Tapi, sekiranya aku tewas untuk perjuangkan cinta kita, aku minta maaf. Aku dah buat sedaya upaya untuk kita sentiasa bersama. Bukan mudah untuk terima semua ini. Aku berasa seperti dikayangan mimpi. Ku tampar2 muka ku ini untuk mendapatkan kepastian agar aku tidak tidur di siang hari. Namun. Semua nya ternyata. Sayang, aku hanya ada engkau yang ku harapkan agar engkau menjadi insan yang terakhir untuk  aku cintai. Sayang, cinta tidak boleh di beli di mana2 kedai . Cinta itu milik allah. Namun kenapa engkau khianati cinta kita ? Iaa . Seperti orang bodoh merintih sakit nya cinta, namun adakah kau sedar ?  Sayangku Zarif Danial. Aku maaf kan segala kesalahanmu . Aku berjanji untuk maaf kan kesalahan kau. Namun, aku tidak boleh berjanji untuk melupakan segala-galanya. Sangat perit apa yang aku rasakan. Mengapa perit ? Kerana semua kata2 yang kau janji telah kau ingkari. Berat sayang, sangat berat untuk melupakan. Aku berdoa agar allah buang sifat benci serta dendam dalam diri ini. Aku harap, engkau akan membaca warkah ini dan memahami betapa perit nya hati ku ni. Tujuan aku membuat warkah ini adalah untuk membuktikan betapa besar nya sayang aku terhadap sang cinta wahai si Zarif Danial. Aku juga ingin meminta maaf atas segla kekhilafan aku. Sayang mu, aisyah.
Sya, 2:10pm
17Dec2017h

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.