Monday, 16 April 2018

16 April

16Apr18- today suppose tu be my big day with him bc tody was our anniversary for 10 month . Almost 10 month we together. More thing we do together . Susah senang, duka lara, semua bersama. Tapi semua hancur sekelip mata. Dulu, dia pernah janji tak akan lepaskan aku pada sesiapa sebab dia nak jaga aku sampai mati. Tapi, kenapa dia tak pertahankan? Dia tak tanya apa motif aku pulangkan bby shark pada dia. Dia xtnya kenapa aku bagi barang2 tu pada dia. Aku terkilan , terkilan sangat2. Dia terus cakap lepas tanpa bertanya dan fikir perasaan aku. Kalau nak tahu. Bby shark tu aku bagi sebab aku tahu dia selalu rindu aku, dan shark tu ada bau perfume aku. Tujuan aku bagi shark tu supaya biar dia rasa dekat dengan aku. Sebab aku tahu aku tak akan selalu ada dengan dia. Ya, aku ada bagi dia duit. Tapi, Tu bukan duit untuk aku minta putus. Duit tu sbb aku nak ganti balik duit yang aku pinjam dia masa motor aku rosak. Dgn ada balance tu untuk duit minyak dia jumpa aku. Tapi kenapa dia fikir aku nK putus ? Cap, Cap tu aku sebenarnya bagi untuk hari ni 16jun . 16 hari bulan ni anniversary kita. Aku tahu benda tu tak seberapa. Aku beli dekat bundle je . Tu je yang aku mampu. At least aku nak kau happy dengan aku. Tapi aku terkilan sangat2 bila kau cakap aku pulang barang tu sebab nak putus . Tak pernah terdetik pun. Kau satu-satu nya lelaki yang aku paling bahagia tapi dalam masa yang sama kau paling banyak buat air mata aku menitis. Aku tak kuat, aku tak kuat . Aku nak sangat luangkan masa dengan kau. Aku bawak mak sebab nak suprise engkau. Tapi aku silap. Aku nak balik bukan sebab aku marah, tapi sebab mak penat tunggu lama dan mak mengantuk.  Aku bengang , sebab aku balik sini semata-mata nak jumpa engkau, aku struggle merayu dengan lecturer nak ambik test awl sebab nak ikut research nak cari duit sebab nK jumpa engkau. Tapi semua nya hancur sekelip mata.  Aku sayang kau sepenuh hati aku. Aku tak kuat nak tinggal kan kau. Tapi aku tak tahu kenapa aku bodoh tinggal kan kau. Aku sayang kau sangat2, tapi aku bodoh memang bodoh. Aku masih tak percaya yang aku tinggal kan kau. Aku bahagia sangat kenal kau . Macam2 aku belajar dengan kau.  Kesetiaan, kesabaran. Hmm banyak benda kita lalui sama2 kan ? Tapi yang aku tk boleh lupa masa kau accident , first kita rapat. Aku rawat kau, aku jaga kau, then tiap kali kita nak keluar, aku happy sgt dengan effort kau. Kau selalu usaha untuk keluar jumpa aku. No matter what u do. U never forgot me. Air mata aku mengalir tak henti bila terkenang semua tu.. Apa yang patut aku buatt ??  Aku tak nak menyesal kemudian hari. Allah tolong aku. Aku buntu , aku hilang arah. Pada masa yang sama , ayah aku kemalangan. . Mujur allah selamat kan dia. Sangat kuat ujian yang allah berikan pada aku. Hilang arah dpat tahu ayah kemalangan. Terus capai tudung dan kunci kereta jumpa ayah. Aku bersyukur kerana allah lindungi ayah. Terima kasih allah. Alhamdulillah. Thank you allah. Semoga allah lindungi keluarga ku.
 Allahhumaamin. 
Terakhir, selamat ulang tahun yang kesepuluh 
“Its like funny . But it so meaningful for me”

16apr2018
-sya-

Saturday, 24 March 2018

Kenapa ?

Kenapa ? Kenapa aku yang dipersalahkan??  Aku sayang kau kot.  Ye ! Tak semestinya sayang tu kena tunjuk kat orang . Kena up gambar apa semua.   Terserah lah apa yang kau nak cakap.  Kalau aku tak sayang kau, tak ada nya aku call mak, bagitahu pasal kau, nk pergi jumpa kau. Beb, kau tahu tak. Aku ni dh mcm lelaki dh . Mcm terbalik la.  Mcm effort aku je yg lebih nk jumpa kau.  Kanapa ?? Kenapa kau selalu cakap aku tak faham apa yang kau cakap. Kenapa ?? Kenapa ???? Aku cukup kuat untuk sabar . Typical aku memang ckp lepas . Mmg la aku tak tahan asyik nak marah aku je. Nk suruh aku diam kau cr la orang lain. Then kau ckp kau yg beria ke aku, then aku langgar kau ikut suka hati aku ?? Beb. Aku sabar beb. Cakap la apa yang kau nak cakap. Sebab aku malas nk tunjuk sayang aku kat kau. Biar kau nampak sendiri. One day, kau akan jumpa blog aku ni, and kau tahu la besar mana sayang aku kat kau. Kau curang pun aku trima kau lg .  Kau tak tahu betapa sakit nya aku masa tu . Then , skarang nk kau ckp aku xnk kau ? Xsyg kau ? Beb, kalau aku xsyg kau kan, xd nya aku nak habis duit dekat kau. Ikat perut tak makan sebab nak belikan hadiah untuk kau. Buat suprise kat kau. Macam2 lah. Beb, kecewa sangat kau ckp mcm2 pasal aku. Beb, jenis aku bukan 24jam nk berkepit ws . Sampai dh tak tahu nk ckp apa . Ada kerja aku settle kerja aku. Aku xnk sbb bercinta aku xbuat semua benda . Kau ynag ajar aku jadi mcm ni. Terlalu manja kan aku sgt smpai terlebih overthinking . Aku kat sini xkeluar umah. Duduk umah. Xd ws lelaki lain. Aku tak cr laki lain. Aku tak layan laki lain. Tp kenapa kau susah sangat nak percaya aku ? Bukan susah pun. Kawan2 aku hari2 ajk tido umah dorg tp aku slalu tolak sebab nak layan kau. Aku penat pun aku layan kau. Tp kau marah aku bila aku tertidur. Dh tu effort aku . Nk buat mcm mana ??? Kira okay lah kan aku still contact kau ? Slaah ke aku tegur kau ?? In logic la. Kalau masa couple ni pun kau tak boleh fhm aku, then, mcm mana kalau dh kawin nnt  ? Aku bz pun aku bukan menggatal dgn laki lain. Aku buat kerja aku je . Yaallah zarif danial. Sabar  nya aku dgn kau. Semoga hati aku terus kuat . Insyaallah.  Smoga allah buka pintu hati dan fikiran zarif danial. . Aamin.
Sya .  (04:09pm) - 24-3-2018

Friday, 23 March 2018

Rindu.

Rindu tidak boleh diungkap dengan kata-kata  kerana hanya hati yang bisa merasakan perasaan itu . Bagaimana hendak ku hadapi perasaan begini ? Hubungan jauh selatan dan pantai timur. Hubungan terhalang dek pelajaran 😌 cinta di sana keseorangan bersama keluarga tercinta . Menjaga bonda dan adik-adik. Menguruskan adik-adik kecil nya.  Semoga kuat bersama insan yang tercinta. Aku disini sentiasa berdoa agae engkau sihat dan sentosa. Namun, aku di sini bersendirian dirumah. Tanpa keluarga disi; dan aku juga merupakan anak selatan perantauan di pantai timur yang selalu merindui keluaega terutama emak. Emak yang melahirkan aku, menjaga aku, mendidik aku serta menyusukan aku. Tidak terkira jasa seorang ibu menjaga aku terutama bertaruh nyawa untuk melahirkan aku. Aku disini sentiasa berusaha untuk menjadi pelajar yang terbaik. Berusaha keras menawan hati pengajar ku. Berdoa kepada allah agar dibuka hati nya. Rindu pada ayah juga tidak terkira. Aku selalu merindui ayah walaupun dia alpa dengan kerja disamping keluarganya yang tercinta. Hanya “cinta” yabg mampu memberi semangat kepada ku. Selalu ku menelefon emak meluah perasaan terutama tentang kekasih hati. Selalu aku mengadu nasib kepada emak. Emak yang mempunyai naluri seorang ibu selalu menasihati aku dan mendengar sengala luahan aku. Namun, dari kecil sehingga besar aku takut untuk berjumpa ayah. Hanya mampu beetanya khabar dan dia akan meletakkan pangilan. Sayu rasa hati dek merindui sang bapa . Hmmmm- Kini, cinta menjadi tempat untuk aku meluah perasaan dan mengadu. Dia juga seorang insan yang selalu ada dan kuat untuk berada disisi aku. Hanyaa aku yang mengenali nya. Tetapi, mengapa mereka sibuk masuk canpur antara aku dan dia . Mengapa mereka sering memajukan soalan yang teruk. Ia , dia tiada apa-apa. Namun aku percaya suatu hari nanti dia akan menjadi yang terbaik. Fikirlah, masih menimba ilmu, masih mencari pengalaman, lalu bagaimana hendak mencari wang. Bagiku wang bukan lah segalanya . Selama aku kenal dengan nya. Wnag bukanlah dijadikan ukuran bagi kami untuk mengukur kasih sayang kami. Hanya kepercayaan dan doa. Aku berdoa agar allah pelihara hubungan kita sehingga halal ke jannah. Insyaallah, . Cinta aku terhadap kamu tak akan berubah.  Alhamdulillah masih kekal. Wlaaupun baru 9 bulan  8 hari, tapi aku tahh hubungan ini boleh pergi jauh.  Uhibbukafilla zarif Danial ❤️
-sya-

Saturday, 16 December 2017

Warkah Buat Insan Tercinta, Zarif Danial ❤️

Sayang, aku tak ada rupa yang cantik untuk engkau tatap. Aku tak ada harta yang banyak untuk dibelanjakan dan beri  pada engkau. Aku tak ada masa yang banyak untuk diluangkan bersamamu.  Aku seorang yang sibuk . Sibuk untuk  mencari masa  depan untuk keluarga dan insan yg sangat aku cintai iaitu engkau. Aku hanya boleh beri engkau kasih sayang. Sebuah kasih sayang yang tidak terungkap besarnya.
Walaupun seberat mana aku kena hadap sakit tu aku redha. Sebab aku ingin kekal dengan kau hingga akhir hayat. Walaupun aku marah. Dan mungkin aku tak kuat, namun aku cuba kuat kan hati untuk beri engkau peluang kedua. Peluang yang aku tak pernah beri pada mana2 lelaki .Aku cuba pertahankan . Tapi, sekiranya aku tewas untuk perjuangkan cinta kita, aku minta maaf. Aku dah buat sedaya upaya untuk kita sentiasa bersama. Bukan mudah untuk terima semua ini. Aku berasa seperti dikayangan mimpi. Ku tampar2 muka ku ini untuk mendapatkan kepastian agar aku tidak tidur di siang hari. Namun. Semua nya ternyata. Sayang, aku hanya ada engkau yang ku harapkan agar engkau menjadi insan yang terakhir untuk  aku cintai. Sayang, cinta tidak boleh di beli di mana2 kedai . Cinta itu milik allah. Namun kenapa engkau khianati cinta kita ? Iaa . Seperti orang bodoh merintih sakit nya cinta, namun adakah kau sedar ?  Sayangku Zarif Danial. Aku maaf kan segala kesalahanmu . Aku berjanji untuk maaf kan kesalahan kau. Namun, aku tidak boleh berjanji untuk melupakan segala-galanya. Sangat perit apa yang aku rasakan. Mengapa perit ? Kerana semua kata2 yang kau janji telah kau ingkari. Berat sayang, sangat berat untuk melupakan. Aku berdoa agar allah buang sifat benci serta dendam dalam diri ini. Aku harap, engkau akan membaca warkah ini dan memahami betapa perit nya hati ku ni. Tujuan aku membuat warkah ini adalah untuk membuktikan betapa besar nya sayang aku terhadap sang cinta wahai si Zarif Danial. Aku juga ingin meminta maaf atas segla kekhilafan aku. Sayang mu, aisyah.
Sya, 2:10pm
17Dec2017h